;

Isnin, Oktober 19, 2009

Motivasi 21 - 33

" Dalam sejarah 25 para Rasul,tersembunyi kisah kehidupan manusia.Barangsiapa membaca kisah itu fahamlah apa yang dikatakan penyakit ummat ".

" Jalan berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan ".

" Hukum Allah itu banyak hikmahnya,Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakannya. Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman ,adalah satu penganiayaan ".

" Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu.Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu '.

" Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan.Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian ".

" Al-Quran itu adalah panduan hidup.Andai kita menghadapi kemusykilan,rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja "'

" Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati,susunan hidup teratur ,silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana,tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara ".

" Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya dan 90% kekayaan d dunia ini datangnya dari perniagaan ".

" Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang.Hiduplah atas Qada dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu ".

" Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati,samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL ".

" Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya.Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya ".

" Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab.Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya ".

" Orang yang busuk hatinya adalah orang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan ".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan