;

Rabu, Oktober 28, 2009

Motivasi 34 - 45

" Yakini kamu dengan hatimu,kerjakan ibadah pada waktunya,basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan,itulah titik mula sebagai insan "

" Kata orang arifbillah,di antara sifat pada seorang ulamak,dia amat takut kepada Allah S.W.T. walaupun nyawanya jadi taruhan "

" Sesuatu kesalahan dan kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan "

" Orang yang busuk hatinya adalah orang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan "

" Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab.Itu menandakan kualiti iman pada seseorang pada syariat dan hakikatnya "

" Bertahajud menyerikan wajah,bersyukur membajai barakah,bermuhasabah mencetuskan hikmah,bertawakal membuahkan pasrah,bersaudara menyemai mahabah,berukhwwah kerana Allah "

" Pagari diri dengan doa,ikatkan hati dengan zikir,buatlah mimpi dengan amalan,bukakan mulut dengan Al-Quran,sinarilah kehidupan dengan kejayaan "

" Al-Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan.Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus "

" Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas.Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan "

" Istiqhlas ialah suatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharapkan balasan makhluk,sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. sebagai tanda syukur "

" Kata orang-orang alim,barangsiapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji,nescaya dia tidak akan berasa lapar "

" Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur,taat,,redha dan ikhlas.tanpa tanda-tanda tersebut,jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir "

Isnin, Oktober 19, 2009

Motivasi 21 - 33

" Dalam sejarah 25 para Rasul,tersembunyi kisah kehidupan manusia.Barangsiapa membaca kisah itu fahamlah apa yang dikatakan penyakit ummat ".

" Jalan berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan ".

" Hukum Allah itu banyak hikmahnya,Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakannya. Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman ,adalah satu penganiayaan ".

" Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu.Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu '.

" Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan.Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian ".

" Al-Quran itu adalah panduan hidup.Andai kita menghadapi kemusykilan,rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja "'

" Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati,susunan hidup teratur ,silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana,tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara ".

" Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya dan 90% kekayaan d dunia ini datangnya dari perniagaan ".

" Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang.Hiduplah atas Qada dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu ".

" Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati,samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL ".

" Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya.Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya ".

" Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab.Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya ".

" Orang yang busuk hatinya adalah orang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan ".

Jumaat, Oktober 16, 2009

Motivasi 12 - 20

" Sesuatu niat wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yang sabar menghadapi sebarang ujian,gangguan,godaan dan tentangan ".

" Sebaik-baik muhasabah diri adalah dengan merenung kelemahan,kekurangan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat ".

" Siapa yang tidak marah pada masasepatutnya dia marah itu kaldai dan siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika mampu untuk itu,dia adalah syaitan ".

" Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain ".

" Sebaik-baik iman adalah amal,sebaik-baik amal adalah insan,sebaik-baik insan adalah pemurah,semurah-murah sedeqah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa ".

" Bila kita diuji dengan kemiskinan,kita mampu untuk bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan,kita mudah lupa diri dan alpa.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan ".

" Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya.Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya ".

" Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati,samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL ".

" Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi segala-galanya memerlukan wang.Hiduplah atas Qada dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu ".