;

Ahad, September 27, 2009

Hadis 14 - 16

Rasulullah S.A.W telah bersabda,mafhumnya : " Sesiapa yang mengadakan suatu ibadat yang bukan dari ajaran Allah ( bercanggah dengan syariat ),maka amalan itu tertolak ( dikira Bidaah/sesat)." ( HR Muslim )

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Di antara kamu ada yang beramalan jahat hingga hampir masuk neraka,kemudian datang Ketentuan Allah,maka dia beramal baik dan masuk syurga." ( HR Bukhari )

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Hendaklah menjadi imam orang yang paling banyak menghafaz al-Quran atau paling baik ( tajwid )bacaannya di kalangan kamu." ( HR Ahmad )

Sabtu, September 26, 2009

Petikan Ayat Al - Quran 8 - 10

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Sesungguhnya Kami ( Allah )telah menurunkan al-quran,dan Kami jualah yang akan memeliharanya ( dalam dada para huffaz sampai hari Kiamat." ( surah Al-Hijr : 9 )

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Telah kami mudahkan al-quran untuk diingati ( difahami dan dihafaz ),maka adakah orang mahu mengambil perhatian ( belajar/menghafaznya)?. " ( Surah al-Qamar : 17 )

Motivasi 8 - 11

" Tiada guna harta benda,pangkat dan darjat andai jiwa,hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka.Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal."

" Sesungguhnya perjalanan rukun Iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qada & Qadar diikuti dengan Kiamat,Kitab,Rasul,Malaikat dan akhirnya bertemu ALLAH."

" Hidup perlukan perjuangan,tanpa perjuangan tiada pengorbanan,tanpa pergorbanan tiada kecintaan,tanpa kecintaan musnah segala kehidupan."

" Bacalah Al-Quran,buatlah kajian ilmu,dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang tidak berfaedah." ( Hassan al-Banna )

Hadis 11 - 13

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Haram bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung lebih dari 3 hari kecuali berkabung kerana suaminya iaitu 4 bulan 10 hari. ( HR Muslim )

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Seseorang yang tiada dalam dadanya suatu pun ( apa yang dihafaz ) dari al-Quran samalah keadaannya seperti rumah yang buruk lagi usang ." ( HR Tirmizi )

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " ( Bacalah al-Quran) dan Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur,Tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca didalamnya surah al-Baqarah." ( HR Tirmizi )

Petikan Ayat Al - Quran 4 - 7

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Sedeqahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok dan jangan kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedeqahkan sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya." ( Surah Al-Baqarah : 267 )

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Sesiapa yang berpaling dari mengingati-Ku maka baginya kehidupan yang sempit (didunia)dan diakhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta." ( Surah Taha : 124 )

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu ( tentang akhirat ) itu benar-benar akan sampai masanya,( pada ketika itu ) kamu tidak dapat menolaknya." ( Surah Al- An'am : 134 )

Allah S.W.T telah berfirman,mafhumnya : " Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku,Aku tidak mohon rezeki dari mereka dan tak minta diberi makan." ( Surah AzZariyat : 56 )

Motivasi 5 - 7

Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.

Kita sering berbelanja demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.

Idea yang kreatif sering terperap di dalam minda yang takut akan kegagalan.
Wujudkan pembebasan minda dan anda akan kagum dengan hasilnya.

Rabu, September 23, 2009

Hadis 4 - 10

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sesiapa yang solat tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia dari perbuatan keji dan mungkar,maka solatnya hanya menjauhkan dia dari Allah." ( HR Baihaqi )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Nabi ditanya : Bilakah kiamat ? Jawab Nabi : Bila amanah dipersia-siakan .Bagaimana? Jawab Nabi : Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli tunggulah kiamat."( HR Bukhari )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sesiapa yang berselawat keatasku ( Rasulullah )sekali,Allah akan berselawat ( memberi rahmat )kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan." ( HR Tirmizi )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Seorang yang mahir membaca al-Quran,malaikat akan mengiringi bacaannya.Orang yang terangkak-rangkak membaca al-Quran tetap mendapat dua pahala." ( HR Muslim )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor kerana sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama ( untuk bertanya hal-hal wanita kepada Rasulullah S.A.W." ( HR Ibn Majah )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat ( sunat Tahiyatul Masjid ) sebelum kamu duduk ." ( HR Muslim ) ... ( dan bacalah doa masuk masjid )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Nabi S.A. W menasihati Abu Zar : Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu ( bertemu Allah ),Bacalah Quran dan zikir kerana itulah cahaya bagimu di dunia." ( HR Tabrani )

Petikan Ayat Al - Quran 3

Allah S.W.T. telah berfirman,mafhumnya : " Wahai orang - orang yang beriman,jangan kamu cakap tapi tidak membuat.Amat besar kebencian Allah jika kamu mengatakan sesuatu tidak melakukannya." ( Surah As-Sof : 2 - 3 )

Petikan Ayat Al - Quran 2

Allah S.W.T. telah berfirman,mafhumnya : " Wahai orang - orang yang beriman. Taatilah Allah dan Taatilah Rasul dan orang yang berkuasa di kalangan kamu ( jika mereka juga taat kepada Allah dan Rasul ." ( Surah An-Nisa : 59 )

Petikan Ayat Al - Quran 1

Allah S.W.T. telah berfirman,mafhumnya : " Sesungguhnya Islam ini adalah jalanKu yang lurus,maka jangan kamu mengikuti jalan-jalan lain kerana ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan Allah." ( Surah Al-An'am : 153 )

Hadis 3

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain." ( HR Baihaqi )

Hadis 2

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Dua orang yang tidak dipandang oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat :
i. Orang yang memutuskan silaturrahim antara kaum kerabat
ii. Jiran yang jahat "
( HR Dailami )

Hadis 1

Rasulullah S.A.W.telah bersabda,mafhumnya : " Amalan yang terlebih dikasihi Allah ialah sesuatu yang berterusan walaupun sedikit." ( HR Muslim )

Motivasi 4

Kekayaan di dalam kehidupan adalah terletak pada ilmu pengetahuan dan mujahadah demi pembangunan ummah adalah sebaik-baik perasaan kehambaan kepada Tuhan.

Motivasi 3

Kurniaan Tuhan yang dinikmati terbahagi kepada tiga :
i. Kepuasan nafsu
ii. Keindahan amal
iii. ketenangan hidup
Maka,perlu bijaksana di dalam menerima anugerah-Nya.

Motivasi 2

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan,
Didik nafsu dengan berpuasa,
Asah fikiran dengan fikir mati,
Bentuk peribadi dengan solat,
Bina kalam dengan bertasbih.

Motivasi 1

Berjalan kepada Allah S.W.T. ada 4 jenis iaitu :
i. Fikir pada perjalanan syariat
ii. Zikir pada perjalanan tariqat
iii. Sabar pada perjalanan hakikat
iv. Syukur pada perjalanan makrifat