;

Sabtu, Februari 13, 2010

Motivasi 119 - 122

" Bermula berjalan (menuju)kepada Tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada ibubapa dengan sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul "

" Sesungguhnya segala ujian,godaan,gangguan dan tentangan itu diizinkan Tuhan semata-mata mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan "

" Awas ! Selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan,akan dihalang dengan berbagai ujian,godaan,gangguan dan tentangan.Hanya keikhlasan sahaja menjadi bekalan "

" Ilmu itu hanyalah suatu panduan.Yang menyemarakkan ilmu itu adalah mengamalkannya.Ilmu yang dibaca sahaja dan diajar sahaja tidak bermanfaat andai ia tidak diamalkan "

Ahad, Februari 07, 2010

Motivasi 110 - 118

" Rukun beragama mempunyai usul-usul tertentu.Usul ugama bermaksud bermulanya sesuatu dengan sebab dan cara untuk beramal yang berpandukan Al-Quran "

" Di antara rukun di dalam agama ialah Rukun Iman,Islam,hati,Yaqin,Quddus,Ruhul Amri,Perang (nafsu),Perpaduan,harian dan Rukun hakikat "

" Untuk beragama,rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Tuhan terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan Rasulullah S.A.W "

" Matlamat kehidupan adalah suatu usahayang jitu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah Taala "

" Maksud kehidupanbermulanya usaha terhadap keruntuhan ummah.Maka kita perlu berfikir menyerlahkannya dengan usaha gigih dan mengharapkan pertolongan Allah "

" Seringlah membawa kanak-kanak ke masjid dan pastikan pengawasan mereka keranan di masjid sering berkumandang tilawah Al-quran nasyid ( zikir dan tasbih ) "

" Allah memelihara kanak-kanak dengan Asmaul HusnaNya.Persekitaran sangat penting bagi menjamin pemeliharaan tersebut (Iman) "

" Kanak-kanak mampu mengembirakan nurani orang dewasa dengan telatah mereka,andai ada yang benci ,itu petanda penyakit hati yang kronik(dengki,khianat,ujub) "

" Ambillah peranan dalam mentarbiah kanak-kanak terutamanya di dalam masjid kerana pada kanak-kanak itu banyak malaikat bersama mereka ( doa-Amin )