;

Rabu, Januari 27, 2010

Motivasi 100 - 109

" Fahamilah jiwa dan corak pemikiran kanak-kanak kerana pada mereka ada Ilmu(diselitkan tarbiah dengan kasih sayang)-bagi mereka yang mahu berfikir "

" Jangan biarkan kanak-kanak membawa haluan mereka sendiri terutamadi dalam masjid.Bimbing dan pimpinlah mereka didalam peribadatan(program) "

" Kanak-kanak adalah seperti kain putih dan mereka tiada dosa,mengapa?Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu "

" Bermula mentarbiah fikir itu adalah kebingungan dalam berfikir,maka al-Quranlah jawapan kepada semua kebingungan itu "

" Iman tanpa Islam seperti hidup tidak bertamadun.Apa benar kenyataan ini?Apa pula kaitan iman dan Islam itu?mengapa?Bagaimana?

" Sejauh manakah kita memahami akan tuntutan IMAN dan ISLAM itu?Islam tanpa Iman lemah dan jijik dikaca mata dunia,mengapa?Apa benar? "

" Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.Yang menjadikan sia-sia adalah akal yang tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran/hikmah atas apa yang berlaku. "

" Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hattaperlu melancong ke tempat-tempat yang bersejarah sebaga pentarbiahan fikir "

" Di beri 2 tangan bagi bekerja dan berpaut kepada kekuatan,pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah "

" Di beri 2 telinga,pertama mendengar yang zahir dan kedua mendengar bisikkan laduni ( awas terhadap bisikkan syaitan yang selalumencelah-kekeliruan )

Khamis, Januari 14, 2010

Motivasi 89 - 99

" Diberi lidah agar perbanyakkan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran Ilahi ( bukan untuk berdusta "

" Diberi mulut untuk berkata-kata dan menguatkan senyuman agar menyenangkan hati orang sekeliling dan yang berurusan dengan kita "

" Diberi hidung untuk menghidu wangi-wangian dan mengelakkan kepada bau yang busuk pada zahirnya dan menghidu kemungkaran pada hakikatnya "

" Diberi 2 mata ,tujuan yang pertama adalah untuk melihat kebaikan orang lain dan kedua adalah muhasabah kelemahan sendiri "

" Dalam banyak-banyak makanan ,yang terbaik adalah gandum.Dalam banyak-banyak air minuman yang terbaik adalah air zam-zam "

" Jangan berduka cita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerah dan diberi (nikmat)"

" Ilmu keinsanan itu diperolehi apabila segala ujian,gangguan,godaan dan tentangan hidup dilalui dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan "

" Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati yang tidak meraguinya.Hindarkan dari rezeki yang meragukan "

" Penuhkan amalan semasa beriktikaf dengan Zikir,Tasbih,Solat nafil dan menghayati al-Quran hingga sejahtera ( diri ),Aman ( fikir ),Damai ( rasa ) dan Sentosa ( kehidupan ) "

" Jangan difikir pada ganjaran pahala,biarlah segala kebaikkan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang "

Jumaat, Januari 01, 2010

Motivasi 84 - 88

" Harta yang paling untung SABAR,teman yang paling akrab AMAL,pengawal yang paling waspada DIAM,bahasa yang paling indah SENYUM "

" Bermula niat dengan fikir,datangnya fikir melalui renungan.Datangnya renungan dari muhasabah diri.Bermula muhasabah diri dengan syarah yang didengar atau dibaca "

" Jaga niat di dalam setiap perbuatan. niat boleh berubah kerana suasana dan nafsu yang menggila.Jaga niat,jaga amal,jaga fikir dan sentiasa bersyukur "

" Tidak selamat bagi ummat yang hidup di atas muka bumi tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran,maka bala akan datang bertimpa-timpa "

" Diantara riak pada zahirnya adalah orang yang mengherdik anak yatim,tidak pedulikan orang miskin dan tidak menguatkan silaturrahim "