;

Jumaat, Oktober 16, 2009

Motivasi 12 - 20

" Sesuatu niat wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yang sabar menghadapi sebarang ujian,gangguan,godaan dan tentangan ".

" Sebaik-baik muhasabah diri adalah dengan merenung kelemahan,kekurangan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat ".

" Siapa yang tidak marah pada masasepatutnya dia marah itu kaldai dan siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika mampu untuk itu,dia adalah syaitan ".

" Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain ".

" Sebaik-baik iman adalah amal,sebaik-baik amal adalah insan,sebaik-baik insan adalah pemurah,semurah-murah sedeqah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa ".

" Bila kita diuji dengan kemiskinan,kita mampu untuk bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan,kita mudah lupa diri dan alpa.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan ".

" Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya.Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya ".

" Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati,samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL ".

" Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi segala-galanya memerlukan wang.Hiduplah atas Qada dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu ".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan