;

Rabu, September 23, 2009

Hadis 4 - 10

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sesiapa yang solat tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia dari perbuatan keji dan mungkar,maka solatnya hanya menjauhkan dia dari Allah." ( HR Baihaqi )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Nabi ditanya : Bilakah kiamat ? Jawab Nabi : Bila amanah dipersia-siakan .Bagaimana? Jawab Nabi : Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli tunggulah kiamat."( HR Bukhari )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sesiapa yang berselawat keatasku ( Rasulullah )sekali,Allah akan berselawat ( memberi rahmat )kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan." ( HR Tirmizi )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Seorang yang mahir membaca al-Quran,malaikat akan mengiringi bacaannya.Orang yang terangkak-rangkak membaca al-Quran tetap mendapat dua pahala." ( HR Muslim )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor kerana sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama ( untuk bertanya hal-hal wanita kepada Rasulullah S.A.W." ( HR Ibn Majah )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat ( sunat Tahiyatul Masjid ) sebelum kamu duduk ." ( HR Muslim ) ... ( dan bacalah doa masuk masjid )

Rasululllah S.A.W. telah bersabda,mafhumnya : " Nabi S.A. W menasihati Abu Zar : Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu ( bertemu Allah ),Bacalah Quran dan zikir kerana itulah cahaya bagimu di dunia." ( HR Tabrani )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan